Halaman

薛副校长转校

Selasa, 16 Jun 2009

Sejarah Perpustakaan

Perpustakaan ialah tempat untuk mencari ilmu.Begitu juga terhadap perpustakaan SJK (C) CHUNG HUA LADANG GEDDES.
Pada awalnya perpustakaan S J K (C) CHUNG HUA dibina di dalam sebuah bilik pingpong yang amat usang.Dalam bilik itu tidak mempunyai kemudahan yang sempurna.Murid-murid masuk ke dalam itu akan berasa panas semasa waktu petang kerana tiada kipas. Pihak sekolah telah berusaha mengubahsuai keadaan perpustakaan sekolah ini.
Pihak sekolah memindahkan perpustakaan ke sebuah bilik yang lebih baik daripada bilik pingpong itu supaya anak-anak murid boleh membaca buku dalam keadaan yang selesa.Tidak lama kemudian, pihak sekolah telah membeli kemudahan baru seperti rak buku, empat buah meja, lima puluh buah kerusi dan sebuah kaunter pinjaman buku yang baru untuk perpustakaan.Masa itu, guru penyelaras PSS telah membuat kecerian dalam perpustakaan yang baru itu.
Pada tahun 1997 bulan November, Sekolah SJK(C) CHUNG HUA LADANG GEDDES telah mengadakan majlis sambutan ulangtahun 60, pihak sekolah cuba mengutip derma dan telah berjaya menambah 2 buah pendingin udara kepada perpustakaan.Majlis itu telah dirasmikan oleh YB Dato’Lilah Yasin. Beliau juga menderma sebanyak RM5000 kepada pihak sekolah dan Encik Tee Ah Seng telah menderma sebuah pendingin udara kepada perpustakaan SJK(C) CHUNG HUA LADANG GEDDES.
Pada tahun 2008, sekolah telah mendapat sekumpul wang dari kerajaan sebanyak RM50,000 untuk membaiki bangunan sekolah ini termasuk perpustakaan.
Projek ini telah mengambil masa selama sebulan. Papan dinding perpustakaan telah ditukar dan diganti dengan batu-bata dan lantai telah memasang jubi lantai. Langsir telah ganti dengan yang baru.