Aktiviti perayaan Kuih Bulan Tempat pertama Tempat kedua
Tempat Ketiga
Aktiviti penciptaan tanglung telah dijalankan pada 2 Okt 2009 untuk menyambut hari perayaan Kuih Bulan. Murid-murid membuat tanglung ini bersama penjaga mereka. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan murid dan ibu bapa mereka.Tanglung yang dibuat oleh mereka amat kreatif.
Pada 21 Ogos 2009 sekolah telah mengutip derma kepada mangsa-mangsa yang mengalami bencana alam .Semua murid dan guru sekolah kita berasa simpati kepada mangsa-mangsa ini dan sudi menderma wang kepada mereka.
Pada hari 21 Ogos sekolah kami telah mengadakan aktiviti sambutan hari kemerdekaan.Hari itu semua guru dan murid telah menyanyikan lagu Jalur Germilang.Aktiviti hari itu ialah Membaca ucapan ,menyanyi lagu dan pertandingan kuiz tentang sejarah Hari Kemerdekaan.
Pada Bulan Julai Sekolah kami telah mengadakan aktiviti senaman pagi. Semua murid dan guru bersama-sama membuat senaman selama 30 minit.Tujuan aktiviti ini adalah hendak mengalakan semua murid membuat senaman supaya dapat menjaga kesihatan diri sendiri.
Kempen ini telah diadakan pada 31.07.2009.Jururawat menerangkan langkah cuci tangan yang betul kepada murid-murid SJK C CHUNG HUA LADANG GEDDES.Tujuan kempen ini adalah untuk mencegah jangkitan penyakit H1N1.
Pada 10/7/09 hari Jumaat,pukul 2:00 petang sekolah SJK C CHUNG HUA LADANG GEDDES telah mengadakan Hari Sukan.Hari Sukan tahun ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Shamsulkahar Bin Mohd Deli.
Hari Sukan ini telah diadakan sehingga pukul 3:30pm kerana hujan lebat. Banyak murid-murid dan penjaga membantu mengemas barang semasa hujan.